INFO

1.2 Juta Rakyat Malaysia Tiada Lesen Memandu

Tahukah anda, 1.2juta rakyat Malaysia yang layak mempunyai lesen memandu tetapi masih belum mempunya lessen memandu. Ia kira-kira 6% dari 26juta rakyat Malaysia.

1.jpg

Mengapa mereka masih belum mempunyai lesen memandu?

  1. Harga

– Ramai rakyat Malaysia mempersoalkan mengenai harga lesen memandu yang semakin hari semakin mahal. Harga berubah dari semasa ke semasa selaras dengan keadaan ekonomi ketika ini. Jadi apabila Lesen Memandu Johor membuat harga promosi adalah digalakkan untuk menempah harga bekenaan.

-Sebenarnya harga lesen memandu bukanlah membebankan kerana kebanyakan antara cikgu pengajar membenarkan pelajar mereka membayar secara ansuran.

  1. Masa

– Ramai masih tidak mampu menyediakan ruang masa untuk belajar dan hadir ke setiap kelas mengikut prosedur. Ramai akan bertanya adakah tiada lesen ekpress yang tak perlu ke kelas dan belajar memandu selama 16jam.

– Mengapa keadaan ini berlaku? Ia adalah kerana sikap rakyat kita yang suka ambil mudah dan ambil jalan pintas. Oleh yang demikian ramai antara kita mahukan jalan mudah untuk mendapat sesuatu.

  1. Kurang kesedaran

– Rata-rata rakyat Malaysia masih belum sedar akan kepentingan mempunya lesen memandu. JPJ juga giat mengadakan kempen dan aktiviti yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan memiliki lesen memandu yang sah.

hqdefault

Berita ini disiarkan di Astro Awani pada September 20, 2016 21:45 MYT (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1-2-juta-rakyat-malaysia-tiada-lesen-memandu-jpj-117228)

PADANG BESAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak mendapat lesen memandu, tidak mempunyai lesen tersebut, kata Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron.

Nadzri berkata JPJ giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki lesen memandu kenderaan yang sah serta akan memastikan mereka mendapatkan lesen berkenaan.

“Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam dan sebagainya.

“Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku sebarang masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen,” katanya.

Nadzri berkata kepada pemberita selepas Majlis Penutup Perkhemahan Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan 2016 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri, Kem Tasoh, di sini yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi hari ini.

Nadzri berkata ia selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini yang mana sebanyak 62 peratus adalah membabitkan kemalangan motosikal.

“Sebanyak 18.8 juta kenderaan berdaftar yang masih aktif di negara ini melibatkan 14 juta pemandu. Maka kerajaan perlu memastikan orang ramai dan generasi akan datang mempunyai sikap dan amalan pemanduan yang mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan tahun lepas dan bilangan itu adalah membimbangkan, apatah lagi 30 peratus daripada jumlah  berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Sehubungan itu, Nadzri berkata program perkhemahan kadet JPJ adalah antara usaha memperkasa disiplin serta jati diri peserta dalam mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya sejak di peringkat sekolah.

“JPJ bekerjasama secara NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan institut memandu untuk kemudahan para pelajar bagi mendapatkan lesen motosikal (B2).

“Pelajar berumur 17 tahun ke atas layak mendaftar di sekolah untuk proses mendapatkan lesen B2 di mana pegawai JPJ dan institut memandu akan mengendali kelas menunggang motosikal di sekolah-sekolah sebelum pelajar mengambil peperiksaan memandu di pusat ujian,” jelasnya.

Program selama tiga hari bermula 18 Sept lepas melibatkan penyertaan 291 pelajar daripada 17 buah sekolah, 31 guru pengiring dan 60 pegawai JPJ terlibat menyertai perkhemahan itu yang julung kali diadakan melibatkan pasukan kadet JPJ di seluruh negara yang akan dijadikan acara tahunan.

– BERNAMA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s